Tuesday, 9 April 2013

Tanggungjawab Mahasiswa


Disini penulis suka untuk kongsikan artikel yang dipetik dari iluvislam.com.. memang ada benarnya.. bangkitlah wahai mahasiswa.. siapa lagi yang mampu membangunkan negara dan yang paling penting membangunkan islam kalau tidak kita yang bergelar mahasiswa.

"Tangungjawab yang ada lebih banyak dari masa yang ada" 
Ungkapan yang diucapkan As-Syahid Imam Hasan Al-Banna di atas jelas menggambarkan begitu beratnya amanah dan tangungjawab yang terpikul dibahu kita dalam konteks mahasiswa. Antara tangungjawab dan amanah.



Dua konatasi yang tidak jauh perbezaan serta tidak terlihat apakah sebenarnya kontradaksi antara keduanya. Mahasiswa adalah golongan yang paling bernilai kepada negara. Golongan yang begitu penting kepada agama dan masyarakat.

Mahasiswa adalah begitu sinonim dengan pemuda. Pemuda itu gagah tenaganya begitu juga mahasiswa. Pemuda itu intelek pemikiranya, teguh idealismanya begitu juga mahasiswa. Pemuda itu kuat tenaganya begitu juga mahasiswa. Pemuda itu kuat keinginnannya begitu juga mahasiswa. Pemuda itu jelas matlamatnya begitu juga mahasiswa. Jelas disini begitu pentingnya golongan mahasiswa.

"Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk" Al-Kahfi:13

Impian dan cita-cita akan terlaksana dengan wujudnya keyakinan yang kuat, keikhlasan, semangat yang sentiasa membara bersamanya serta sedia berkorban dan berusaha untuk merealisasikanya.
As-Syahid Imam Hasan Al-Banna menyatakan terdapat empat asas penting kepda mahasiswa iaitu:

a)     Keimanan
b)     Keikhlasan
c)     Semangat
d)     Usaha

Asas keimanan ialah hati yang bersih. Asas keikhlasan ialah jiwa yang suci. Asas semangatialah keinginan yang kuat. Asas usaha ialah keazaman yang membara. Semua sifat ini ada sifat yang wajib ada pada mahasiswa. Atas dasar ini dapat dilihat betapa peri pentingnya pemuda sebagai golongang yang tinggi idealisma dan aktivisma berperanan penting dalam perubahan kepada masyarakat khususnya dalam konteks universiti yang tercinta ini.

Kecintaan mahasiswa kepada Ilmu

Antara amanah dan tanggungjawab. Dengan hasrat memajukan agama dan bangsa. Dalam kita melaung-laungkan kemajuan dari sudut fizikal, material dan yang penting yakni akal budi.

Rupanya kita ini jauh benar ketinggalannya. Meskipun pesatnya dibina universiti, kolej universiti dan kolej-kolej. Namun masyarakat mahasiswa gagal membudayakan kecintaan kepada ilmu. Jelas dalam wilayah autoriti kita sejauh mana mahasiswa membudayakan amalan membaca sebagai sahabat akrab.

Seorang sarjana futuris ,Tofler (powershift -1991) turut mengakui bahawa penguasaan ilmu dan maklumat adalah satu-satunya senjata dekad ini yang akan mendominasikan penguasaan mana – mana masyarakat bertamadun. Keupayaan mengekplositasi dan penguasaan maklumat akan menentukan keunggulan dalam menguasai kuasa politik, ekonomi, kewangan, militari dan segenap bidang dalam kehidupan manusia sejagat.

Penguasaan ilmu dan maklumat menjadi lebih penting kepada masyarakat amnya dan mahasiswa khususnya ketika era yang dicengkam dengan arus sejagat, atau apa yang disebut globalisasi.

Dalam arus globalisasi ini, kapitalisma mencengkam dunia. Kita dapat melihat bagaimana yang kaya akan menguasai golongan miskin. Bahkan yang lebih kaya akan membaham yang kaya. Yang laju akan meninggalkan yang perlahan. Yang lebih laju akan lantas merempuh apa sahaja yang di hadapan.

Jelas di sini mahasiswa perlu sedar. Mahasiswa perlu mempersiapkan diri dengan kantungan ilmu yang penuh di dada. Mahasiswa perlu bangun tidak lagi alpa. Sangat sedih apabila semangat juang makin pudar dalam jiwa mahasiswa. Tidak kedengaran nada-nada pengharapan kepada mahasiswa daripada masyarakat.

Andai dahulunya mahasiswa ini adalah agen perubah masyarakat kini tidak lagi. Masyarakat sangat hampa pada kita. Kedangkalan dan kegagalan kita dalam menguasai ilmu sangat menyedihkan. Universiti sebagai pusat kecermerlangan ilmu tidak lagi dapat dimanfaatkan oleh mahasiswa.

Keutamaan Mahasiswa

Umat diluar sana sedang diserang musuh, umat disana sedang dilanggar musuh. Mengapa kita mahasiswa masih leka dan alpa dengan pesona kelalaian? Akademi fantasia, Malaysian idol dan beberapa program lain yang sejelek dengannya menjadi kegilaan muda-mudi masa kini.

Terjebak dengan kancah kegilaan ini juga adalah mahasiswa yang sering mendabik dada sebagai golongan yang kulit tanpa isi atau kulit berisi hampas. Tanpa kita sedar bahawa gejala hendonisme ini tidak menyuburkan intelektualisma tetapi terus menyuburkan gejala kebodohan.

Mahukah nilai begini terus dilabelkan pada mahasiswa? Hanya mahasiswa sendiri yang akan dapat mengubah persepsi yang negatif ini. Ayuh mahasiswa, bangun dan bersemangatlah! Mari kita kembalikan budaya kecintaan kepada ilmu.

Mari kita sepadukan kecintaan total dan keutamaan yang utama kepada penguasaan ilmu. Seiring hasrat membangunkan negara. Dari segi material dan pembangunan insan. Hanya ilmu adalah senjata yang paling ampuh untuk membela agama, bangsa dan negara Malaysia yang tercinta ini. Jangan dibiarkan negara ini dijajah sekali lagi. Atas dasar kedaifan kita dalam penguasaan ilmu.

Keutamaan penguasaan ilmu tidak dapat dinafikan peri pentingnya. Acapkali kita mendengar betapa pentingnya ilmu. Dengan keilmuan kita dapat merubah segala. Sehingganya surah pertama juga adalah bermula dengan "Bacalah".

Angin perubahan

Marilah kita berubah. Kita perlu berubah untuk merubah. Jangan lagi kita membiarkan nama-nama kita terus diconteng-conteng, dicarik-carik lagi. Di samping perjuangan terus di semarakkan.

Keutamaan kecintaan ilmu jangan dikesampingan. Dengan pengusaan ilmu, kita akan lebih dinamik, progresif dan proaktif serta responsif dengan keadaan semasa. Jangan ditunggu esok.

Bermulalah hari ini. Umat di luar sana menangis melihat kecurangan kita membelakangkan tanggungjawab kita sebagai mahasiswa dan kealpaan dan kelalaian kita menjalankan amanah sebagai hamba Tuhan

Mencari Jalan Pulang


Abdullah Umar memandang jam di dinding biliknya. Ahh... sudah jam 3.45 petang. Terkocoh-kocoh dia bangun menuju ke bilik air lalu mengambil wudhu' untuk solat Zuhur. Leka benar dia dengan permainanCounter Strike di komputer. Sudah menjadi kebiasaan Abdullah bersolat pada akhir waktu. Padanya, tiada salahnya melewatkan solat. Solatnya masih sah sementelah ia masih dalam had waktu yang dibenarkan untuk menunaikan solat.

Abdullah tahu bahawa lebih afdal untuk menunaikan solat pada awal waktu namun dia kurang mengambil perhatian akan itu. Dia juga tahu bahawa solat adalah amalan manusia yang pertama akan dihisab oleh Allah SWT di Padang Mahsyar kelak namun Abdullah tetap begitu. Dia tetap liat untuk solat.

Dalam solat, kerap benar fikiran Abdullah menerawang hinggakan dia terlupa sudah berapa rakaat telah disempurnakannya. Abdullah asyik memikirkan permainan komputer yang dimainkannya sebentar tadi. Solatnya tidak khusyuk. Kerap kali begitu. Sukarnya untuk mendapatkan khusyuk di dalam solat! Ahh... solat atau tidak sama sahaja. Tiada kesan pada Abdullah.

Abdullah berdoa ringkas. Doa dipanjatkan untuk ibu bapa dan dirinya. Tidak pula dia mendoakan saudara seIslam yang lain. Abdullah sangat mengetahui akan penderitaan dan penindasan yang berlaku kepada umat Islam di Syria, Palestin dan Myanmar serta umat Islam yang lain namun Abdullah tidak mendoakan keselamatan dan keamanan untuk mereka. Sebaliknya, Abdullah berasa beruntung sendiri kerana berada di negara yang aman.

Sekiranya Abdullah berada di tempat mereka, pastilah Abdullah mendambakan doa-doa daripada saudara seagama yang prihatin. Paling tidak, Allah mendengar doa dan insya-Allah, Allah akan makbulkan doanya. Maka, berkuranganlah perit derita yang mereka lalui. Umat Islam diibaratkan sebagai satu anggota badan. Apabila peha kanan dicubit, peha kiri turut terasa. Derita mereka sepatutnya menjadi derita Abdullah juga.

Abdullah juga seperti remaja lain yang mempunyai rasa ingin dicintai wanita. Sudah lama Abdullah berpasangan dengan Zila. Perkenalan yang membahagiakan itu terjadi ketika Abdullah dan Zila berada dalam semester dua peringkat pengajian diploma. Setiap hari mereka menghabiskan masa berjam lamanya untuk berbual sama ada melalui pesanan ringkas ataupun panggilan telefon.

Walaupun mereka sering bertemu, rindu antara mereka tidak pernah surut. Kerap kali mereka keluar berdua untuk makan bersama, menonton wayang dan membeli-belah. Dalam pelajaran pula, mereka berdua merupakan pelajar cemerlang di kolej mereka. Kebiasaannya pada setiap semester, CGPA mereka pasti di atas 3.50. Ramai rakan-rakan yang mencemburui kepintaran mereka, namun itulah rezeki yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada mereka. Sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah SWT yang sentiasa memberikan rezeki kepada hamba-hambaNya yang gigih berusaha tanpa mengira tahap keimanan seseorang itu kepadaNya.

Walaupun begitu, jauh di sudut hati Abdullah ada terselit satu perasaan tidak tenteram. Solat dan Al-Quran tidak berjaya menegahnya daripada melakukan maksiat. Kadang-kala Abdullah mempersoalkan, jika solat menegah manusia daripada melakukan kemungkaran namun mengapa dia masih melakukan dosa dan maksiat. Di mana silapnya? Abdullah juga sering berzikir dan beristighfar namun Abdullah tidak menemui ketenangan daripadanya.

Abdullah cuba mencari makna di sebalik firman Allah SWT iaitu dengan mengingati Allah jiwa akan menjadi tenang namun mengapa Abdullah masih jauh daripada ketenangan? Dek kerana mencari ketenangan, Abdullah mengunjungi pusat karaoke, pusat snuker dan pernah sekali Abdullah ke kelab malam. Kunjungan Abdullah ke sana menimbulkan amarah bapanya. Bukan sahaja gagal menemui ketenangan yang dicari malah dirotan pula. Bapanya tidak dapat menerima kenyataan bahawa anak sulungnya itu yang sepatutnya menjadi contoh dan pelindung kepada adik-adiknya mengunjungi kelab malam!

Satu hari ketika Abdullah di kedai buku, Abdullah terdengar sebuah lagu merdu yang didendangkan di radio. Abdullah segera mendekati corong suara untuk mendengar dengan lebih jelas lagi.

"Jalan pulang bukannya mudah, musuh nafsu ajak menyerah,
mohon taufik mohon hidayah, agar selamat dari fitnah."

Bait-bait lagu tersebut menyentuh hati Abdullah. Rasa sayu menggayut hati. Entah apa istimewanya lagu itu namun ia hampir-hampir mengalirkan air mata Abdullah. Pulang ke rumah, Abdullah bermuhasabah diri. Dia merasakan hidupnya selama ini banyak diluangkan untuk perkara sia-sia. Dia sepatutnya menjadi khalifah Allah yang meneruskan perjuangan Rasulullah SAW namun banyak hal berkaitan Islam yang Abdullah abaikan.

Jauh benar beza dirinya dengan pemuda pada zaman Rasulullah SAW. Pemuda seperti Saidina Ali RA sanggup menawarkan nyawa sebagai galang ganti kepada nyawa Rasulullah SAW yang ingin dibunuh oleh Musyrikin Mekah. Betapa teguhnya iman Saidina Ali RA!

Mengenangkan betapa lemahnya iman, air mata Abdullah mengalir tanpa tertahan lagi. Segera, sejadah dicapai dan solat sunat taubat dilakukan. Lama Abdullah bersujud sambil diiringi air mata yang deras mengalir. Pada Allah ampunan diharapkan. Dalam doanya, "Saksikanlah Ya Allah, hari ini Abdullah Umar datang menyerah diri dan mengakui segala dosa. Ya Allah, ampunkan aku. Sungguh, aku sangat menzalimi diriku sendiri."

Abdullah memutuskan untuk bertemu Ustaz Hanafi, guru agama di sekolahnya dulu. Abdullah tahu, Ustaz Hanafi pasti bersedia membantunya. Apabila disoal tentang hidayah yang datang melalui lagu, kata Ustaz Hanafi, "Jika lagu tersebut mengajak kepada keesaan Allah dan mendatangkan keinsafan kepada kita, maka itulah hidayah daripada Allah. Abdullah, bersyukurlah Allah mengurniakanmu hidayah. Hargailah... takut-takut ini hidayah yang terakhir."

Abdullah pulang dengan hati penuh penyesalan. Abdullah bertekad untuk memelihara hidayah yang diperolehinya. Ibu dan bapa Abdullah sangat menyenangi perubahan Abdullah. Dinamakan Abdullah Umar sempena Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang soleh. Sudah tentu ibu bapanya mendambakan zuriat mereka itu juga soleh.

Kini Abdullah fahami, kebaikan dan dosa tidak boleh dicampurkan. Berpasangan dan melakukan perkara yang sia-sia yang lain menambahkan lalai di hati Abdullah. Ia membuatkan Abdullah semakin jauh daripada cinta Allah. Abdullah juga tidak merasakan kemanisan beribadah kepada Allah. Dia belajar untuk bersyukur dan menghayati setiap bait zikir yang dilafazkannya.

Abdullah berazam untuk meninggalkan jalan-jalan maksiat. Hubungannya dengan Zila banyak menambahkan saham dosa Abdullah. Mengingati, merindui dan memandang Zila sering membawa kepada zina fikiran dan hati. Abdullah khuatir hatinya bertambah gelap dengan dosa. Oleh itu, Abdullah terpaksa bertegas dengan kemahuan nafsunya. Cukup sukar untuk Abdullah melakukannya namun Abdullah ikhlaskan hati. Semuanya demi mengejar cinta yang agung. Matlamat Abdullah semakin jelas kini. Hanya redha Allah yang akan dicari. Abdullah mengharapkan penghijrahan kali ini hingga ke hujung nyawa. Semoga Allah SWT meredhai usaha Abdullah dalam mencari jalan kembali

sumber: iluvislam.com

Saturday, 12 May 2012

PeTuA KeLiHaTaN KaCaK & CaNtik,,,...


Di era  kemajuan ini, setiap orang ingin kelihatan cantik dan kacak. Sebab itu memang fitrah manusia suka pada sesuatu yang cantik. Berbagai jenis produk kecantikan yang keluar dipasaran. Memang betul kan…. Siape tidak ingin kelihatan cantik lagi menawan. Dalam hadis juga ada berbunyai “Allah itu cantik, dan sukakan kecantikan.” Tapi cantik yang bagaiman???  Kecantikan bukanlah kayu ukur yang utama sebenarnya. Yang membezakan seseorang itu adalah akhlak dan perilaku yang baik.

Aish….. banyak pulak bercakap. Ok la hari ini penulis ingin kongsikan satu kisah yang menceritakan tentang petua untuk menjadi cantik dan handsome. Nak tau tak… petua ni tidaklah memerlukan perbelanjaan yang banyak or produk yang mahal. Nak tau apa petuanya, baca kisah ini.

AL-AHNAF BIN QAIS merupakan seorang ulama’ yang terkenal di zaman hidupnya. Pada suatu hari, dating seorang pemuda dari suku Taiyi berkunjung ke rumahnya. Rumah Al-Ahnaf memang saban hari diziarahi oleh ramai murid-murid dan sahabat-sahabatnya. Mereka sekaliannya menziarahinya dengan tujuan memperoleh ilmu dan pengajaran darinya.

Kedatangan pemuda dari suku Taiyi itu sangat menarik perhatian ulama’ besar itu. Al-Ahnaf dapati pemuda itu sangat tampan serta kacak, lalu dia pun bertanya, katanya: “Wahai orang muda, adakah engkau menghiasi wajahmu dengan sesuatu?”

“Benar tuan, sesungguhnya ada saya hiasi wajah saya dengan sesuatu”, ujarnya dengan sopan dan pencek, lalu menyambung. “Kalau saya bercakap, tidak bohong; Kalau ada orang sedang bercakap, saya dengar; Kalau saya berjanji, saya tepati; dan Kalau saya diberikan amanah, tidak saya khianati.”

Mendengar jawapan yang bernas itu maka berkatalah Al-Ahnaf sambil memuji: “Benar seperti katamu itu wahai orang muda. Sesungguhnya engkau telah menghiasi dirimu dengan sari pati akhlak yang terpuji.”

Kisah ini telah memberikan kita pengajaran yang cukup bermakna buat insan pada hari ini. Kecantikan wajah bukanlah terletak pada jenis kosmetik yang digunakan ke atas muka, tetapi melalui sikap dan amalan kita. Oleh itu, jadilah seorang pemuda yang soleh dan perempuan yang solehah.






Friday, 11 May 2012

SuDaH jOdOhKu DeNgAnMu...

“angah, tolong carikan abang calon isteri “
“aish abang ni mimpi ke apa??”
“tak lah, abang serius ni. Abg tau angah mesti boleh cari orang yang baik2 tuk abg.  Adik abg ni kn baik orang nye”
“Abg ni pelik la.. org sekarang cari sndiri la calon isteri”
“Alah kt skolah angah kan ramai yg bagus2. Boleh la … tolong abg cari eak..”
“tngok la.. insyaAllah angah carikan. Tp x muda sngt ke bang ??”
“xpela muda 4 thn , ok la tu”

Hai.. nama aq Fatira. Panggil je ira..Sori lupa nk perknalkn diri mula-mula.  Anak ketiga dari tujuh beradik. Hobi aq mmbaca novel. Banyak novel yg aq da habis baca. Mak selalu ckp kalau berkali-kali tamat baca al-quran kn bagus.. tp nak buat mcm mana, da mmg hobi aq.  Aq ni sorng yg pemalu, lebih2 lagi bila dengan org lelaki. Maklum la.. aq ni skola perempuan saje dan aq pn mmg xde abg. Skrng aq di ting 4, aliran akaun.
Suatu hari kawan baek aq ada bagi tau aq, yang dia nak aq datang umah dia suatu hari nanti. Tetiba je..aq  sndiri pn hairan jugak. Aq cuba bertanya apa maksud dia ckp mcm tu. Tapi dia Cuma ckp suatu hari nanti kamu akan tahu.
******************************

Semasa dalam study group kami rancak berbincang pasal soalan akaun yg x dapat diselesaikan. Ad sorng kwn aq ni dia mmg pandai subjek akaun . kesian dia kene jadi mangsa keadaan sebab kne ajar kami bnyak kali. Tapi dia tetap tidak jemu. Katanya ilmu ni semakin dikongsi, semakin bertambah. Untung aq dapat kawan yang mcm ni..

Setelah selesai study group.. aq, maya  dan ifa sama2 berjalan pulang ke hostel sementara kawan yg lain menunggu kedatangan ibu bapa diorang. Mereka tak tinggal di asrama. Sedang berjalan pulang ke hostel maya dan ifa bebisik-bisik sambil tersenyum.

“ifa, maya ko ckp sal apa eak??? Aq nak tau gak”
“ntah, ko Tanya la si ifa ni” jwb maya
“ira.. aq xleh ckp skrng pasal hal ni, nanti aq cerita dkt ko ea..” balas ifa sambil tersenyum
“Korong ni kn ada2 je.. eeeeee geram aq.”

Pada keesokan harinya benda yang sama jugak terjadi. Ifa ngan maya ashik tersenyum je melihat aq. Rasa macam ada sesuatu yg mereka sembunyikan dari aq.
Bermaca-macam andaian bermain di fikiranku.. rasa ingin tahu itu menggunung sehingga suatu hari aq pujuk juga si ifa supaya cerita perkara yg dirahsiakan itu pada aq.

“ifa.. maya.. kenapa dngn korng ni?? Da la x bg tau aq..” dlm nada merajuk
“senarnya macam ni… (sambil menarik nafas), ada orang nak kenal dngn  kau ira”
“kenapa dia nak kenal ngan aq??”
“sebab dia berkenan dekat kau”
“ifa kau x payah nak merepek la… ckp la btol2 “ dlm nada memujuk
“aq serius ni.. abang aq dia nak kenal dngan kau. Aq yang cerita pd abng aq suma pasal kau.sebab aritu dye suh aq carikn dye calon isteri”
“huh!!!! ( dengan muka terkejuk), abis kau cerita apa sal aq kt abg kau???”
“kau jngn la takut. Aku Cuma cerita sal karakter kau je.. aq ckp ko ni baik, bijak, pemalu, berkulit cerah dan kau pakai spek. Dye lagi la suka dngn orng yg pkai spek ni…”
“aq takut la… aq an masih bljr lg..”
“xpe dia fhm, katenye dia x pksa kau, dia x kira cntik ke tak ke, janji dia baik orgnya.kau fikir kn la dulu hal ni”
**************************
Aq buat solat istikharah supaya aq jumpa jwpn pd suma persoalan yg berlaku atas diriku. Kadang2 aq rasa aq ni mcm x sesuai je ngn dia. Maklum la abg dia tu hensem, baik , alim plak tu, salu solat Jemaah ngn adik2 , da la bljr kt mesir… ntah la x tau nak buat cmne..

Secara x sedar aq brkenalan dngan abg ifa. Kami x pernah jumpa, kami berkenalan bkn dngn sms, fesbuk or apa saje la. Kami berkenalan melalui ifa je. Apa2 pesanan dia bagi tau ifa, dan ifa tolong smpaikn pd aq. Ni pn kebetulan dia cuti dan ad kt umah.

Lagi seminggu dia kt Malaysia. kami agak jarang berhubung. aq pn x pkai henset lg masa tu. aq fikir jika ada jodoh tak kemana.Suatu hari dia ad bg pesanan dan hadiah untuk aq.. aritu dia bagi coklat dan air bacaan yassin padaku besrta pesanan seperti berikut:

1.    jika kita memang ditakdirkan bersama, kita pasti akan disatukan oleh Allah
2.   jagalah diri sebagai seorang muslimah, sekali melakukan kesalahan lelaki akan ingat sampai bila-bila
3.   minumlah air bacaan yassin itu semasa exam final nanti. Berapa minggu je lagi nak exam kan..
4.   coklat tu amik la sebagai hadiah untuk awak

*****************************

Beberapa tahun kemudian, akhirnya aku disatukan  dalam ikatan perkahwinan. Mungkin ini yang dinamakan jodoh. Sesungguhnya ajal , maut, rezeki dan jodoh itu ditangan tuhan.tak salahkan bercinta, kerana itu mmg fitrah manusia… tapi cara kita aplikasikan cinta itu perlu kembali semula kepada pencipta. Jangan sampai cinta kita pada seseorang melebihi cinta kita pada yang Maha ESA, dan mesti tahu batas pergaulan sebagai seorang muslim. Moga jodohku kekal hingga ke syurga…


TAMAT

Thursday, 10 May 2012

UnTuKmu DuHai MuSliMah...


MUSLIMAH YANG DIKASIHI..
Jadikanlah dirimu seperti permata yang berharga di celah kaca,
Ikutilah perintah agama, jauhi larangannya,
Al-Quran panduan hidupmu,
Al-Hadith menjadi sumber rujukanmu..

Seindah hiasan di dunia ini adalah WANITA SOLEH.. Betapa beruntungnya jika diri kita tergolong dalam kumpulan ini.. Ketahuilah kaum hawa sekalian..sesungguhnya ALLAH s.w.t amat meninggikan darjat seorang perempuan itu sehinggakan adanya satu surah di dalam al-Quran mengenai perempuan.. Maka peliharalah diri kita agar kita akan sentiasa dihormati dan dipandang tinggi walaupun kita diciptakan daripada tulang rusuk yang bengkok. Antara perkara- perkara yang perlu dijaga oleh MUSLIMAH ialah :

1- Bulu Kening : Menurut Bukhari, rasulullah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening- Petikan dari Hadis riwayat Abu daud di dalam Fathul Bari

2- Kaki (Tumit Kaki) : "Dan janganlah mereka(perempuan) membantakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan" - (An-Nur : 31). Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakkan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng.

3- Wangian : Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina da tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya yang ber'hidung belang' .

4- Dada : "Hendaklah mereka(perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada mereka" (An-Nur:31)

5- Gigi : Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya juga yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.

6- Muka dan leher :Dan tinggallah kamu(perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliah yang dahulu. Iaitu bersolek dan sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang jahiliyyah.

7- Muka dan tangan : Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah: Wahai Asma!Sesungguhnya seorang gadis yang telah haid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja. (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari)

8- Tangan : Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

9- Mata : "Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya". ( An-Nur:31)

10- Mulut(suara) : "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik" . (Al-Ahzab:32)

11- Kemaluan : "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " (An-Nur:31). apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. ( Hadis Riwayat Al Bazzar ).

12- Pakaian : Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. ( Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah )


Muslimah ingatlah Allah cinta padamu, Rasulullah kasih padamu.wahai muslimah berbahagialah kita telah dilahir-NYA mulia,subhanallah tuhan telah berkati syurga di telapak kaki ibu. 


"sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah"