Disini penulis suka untuk kongsikan artikel yang dipetik dari
iluvislam.com.. memang ada benarnya.. bangkitlah wahai mahasiswa.. siapa lagi
yang mampu membangunkan negara dan yang paling penting membangunkan islam kalau
tidak kita yang bergelar mahasiswa.
"Tangungjawab yang ada lebih banyak dari masa yang ada" Ungkapan yang diucapkan As-Syahid Imam Hasan Al-Banna di atas jelas menggambarkan begitu beratnya amanah dan tangungjawab yang terpikul dibahu kita dalam konteks mahasiswa. Antara tangungjawab dan amanah.
Dua
konatasi yang tidak jauh perbezaan serta tidak terlihat apakah sebenarnya
kontradaksi antara keduanya. Mahasiswa adalah golongan yang paling bernilai
kepada negara. Golongan yang begitu penting kepada agama dan masyarakat.
Mahasiswa
adalah begitu sinonim dengan pemuda. Pemuda itu gagah tenaganya begitu juga
mahasiswa. Pemuda itu intelek pemikiranya, teguh idealismanya begitu juga
mahasiswa. Pemuda itu kuat tenaganya begitu juga mahasiswa. Pemuda itu kuat
keinginnannya begitu juga mahasiswa. Pemuda itu jelas matlamatnya begitu juga
mahasiswa. Jelas disini begitu pentingnya golongan mahasiswa.
"Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada
Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk" Al-Kahfi:13
Impian
dan cita-cita akan terlaksana dengan wujudnya keyakinan yang kuat, keikhlasan,
semangat yang sentiasa membara bersamanya serta sedia berkorban dan berusaha
untuk merealisasikanya.
As-Syahid
Imam Hasan Al-Banna menyatakan terdapat empat asas penting kepda
mahasiswa iaitu:
a)
Keimanan
b)
Keikhlasan
c)
Semangat
d)
Usaha
Asas keimanan ialah hati
yang bersih. Asas keikhlasan ialah jiwa
yang suci. Asas semangatialah keinginan
yang kuat. Asas usaha ialah keazaman yang
membara. Semua sifat ini ada sifat yang wajib ada pada mahasiswa. Atas dasar
ini dapat dilihat betapa peri pentingnya pemuda sebagai golongang yang tinggi
idealisma dan aktivisma berperanan penting dalam perubahan kepada masyarakat
khususnya dalam konteks universiti yang tercinta ini.
Kecintaan mahasiswa kepada Ilmu
Antara
amanah dan tanggungjawab. Dengan hasrat memajukan agama dan bangsa. Dalam kita
melaung-laungkan kemajuan dari sudut fizikal, material dan yang penting yakni
akal budi.
Rupanya
kita ini jauh benar ketinggalannya. Meskipun pesatnya dibina universiti, kolej
universiti dan kolej-kolej. Namun masyarakat mahasiswa gagal membudayakan
kecintaan kepada ilmu. Jelas dalam wilayah autoriti kita sejauh mana mahasiswa
membudayakan amalan membaca sebagai sahabat akrab.
Seorang
sarjana futuris ,Tofler (powershift -1991) turut mengakui bahawa penguasaan
ilmu dan maklumat adalah satu-satunya senjata dekad ini yang akan
mendominasikan penguasaan mana – mana masyarakat bertamadun. Keupayaan
mengekplositasi dan penguasaan maklumat akan menentukan keunggulan dalam
menguasai kuasa politik, ekonomi, kewangan, militari dan segenap bidang dalam
kehidupan manusia sejagat.
Penguasaan
ilmu dan maklumat menjadi lebih penting kepada masyarakat amnya dan mahasiswa
khususnya ketika era yang dicengkam dengan arus sejagat, atau apa yang disebut
globalisasi.
Dalam
arus globalisasi ini, kapitalisma mencengkam dunia. Kita dapat melihat
bagaimana yang kaya akan menguasai golongan miskin. Bahkan yang lebih kaya akan
membaham yang kaya. Yang laju akan meninggalkan yang perlahan. Yang lebih laju
akan lantas merempuh apa sahaja yang di hadapan.
Jelas
di sini mahasiswa perlu sedar. Mahasiswa perlu mempersiapkan diri dengan
kantungan ilmu yang penuh di dada. Mahasiswa perlu bangun tidak lagi alpa.
Sangat sedih apabila semangat juang makin pudar dalam jiwa mahasiswa. Tidak
kedengaran nada-nada pengharapan kepada mahasiswa daripada masyarakat.
Andai
dahulunya mahasiswa ini adalah agen perubah masyarakat kini tidak lagi.
Masyarakat sangat hampa pada kita. Kedangkalan dan kegagalan kita dalam
menguasai ilmu sangat menyedihkan. Universiti sebagai pusat kecermerlangan ilmu
tidak lagi dapat dimanfaatkan oleh mahasiswa.
Keutamaan Mahasiswa
Umat
diluar sana sedang diserang musuh, umat disana sedang dilanggar musuh. Mengapa
kita mahasiswa masih leka dan alpa dengan pesona kelalaian? Akademi fantasia,
Malaysian idol dan beberapa program lain yang sejelek dengannya menjadi
kegilaan muda-mudi masa kini.
Terjebak
dengan kancah kegilaan ini juga adalah mahasiswa yang sering mendabik dada
sebagai golongan yang kulit tanpa isi atau kulit berisi hampas. Tanpa kita
sedar bahawa gejala hendonisme ini tidak menyuburkan intelektualisma tetapi
terus menyuburkan gejala kebodohan.
Mahukah
nilai begini terus dilabelkan pada mahasiswa? Hanya mahasiswa sendiri yang akan
dapat mengubah persepsi yang negatif ini. Ayuh mahasiswa, bangun dan
bersemangatlah! Mari kita kembalikan budaya kecintaan kepada ilmu.
Mari
kita sepadukan kecintaan total dan keutamaan yang
utama kepada penguasaan ilmu. Seiring hasrat membangunkan negara. Dari segi
material dan pembangunan insan. Hanya ilmu adalah senjata yang paling ampuh
untuk membela agama, bangsa dan negara Malaysia yang tercinta ini. Jangan dibiarkan
negara ini dijajah sekali lagi. Atas dasar kedaifan kita dalam penguasaan ilmu.
Keutamaan
penguasaan ilmu tidak dapat dinafikan peri pentingnya. Acapkali kita mendengar
betapa pentingnya ilmu. Dengan keilmuan kita dapat merubah segala. Sehingganya
surah pertama juga adalah bermula dengan "Bacalah".
Angin perubahan
Marilah
kita berubah. Kita perlu berubah untuk merubah. Jangan lagi kita membiarkan
nama-nama kita terus diconteng-conteng, dicarik-carik lagi. Di samping
perjuangan terus di semarakkan.
Keutamaan
kecintaan ilmu jangan dikesampingan. Dengan pengusaan ilmu, kita akan lebih
dinamik, progresif dan proaktif serta responsif dengan keadaan semasa. Jangan
ditunggu esok.
Bermulalah
hari ini. Umat di luar sana menangis melihat kecurangan kita membelakangkan
tanggungjawab kita sebagai mahasiswa dan kealpaan dan kelalaian kita
menjalankan amanah sebagai hamba Tuhan
No comments:
Post a Comment