MUSLIMAH
YANG DIKASIHI..
Jadikanlah
dirimu seperti permata yang berharga di celah kaca,
Ikutilah
perintah agama, jauhi larangannya,
Al-Quran
panduan hidupmu,
Al-Hadith
menjadi sumber rujukanmu..
Seindah
hiasan di dunia ini adalah WANITA SOLEH.. Betapa beruntungnya jika diri kita
tergolong dalam kumpulan ini.. Ketahuilah kaum hawa sekalian..sesungguhnya
ALLAH s.w.t amat meninggikan darjat seorang perempuan itu sehinggakan adanya
satu surah di dalam al-Quran mengenai perempuan.. Maka peliharalah diri kita
agar kita akan sentiasa dihormati dan dipandang tinggi walaupun kita diciptakan
daripada tulang rusuk yang bengkok. Antara perkara- perkara yang perlu dijaga
oleh MUSLIMAH ialah :
1- Bulu
Kening : Menurut Bukhari, rasulullah melaknat perempuan yang mencukur atau
menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening- Petikan dari
Hadis riwayat Abu daud di dalam Fathul Bari
2- Kaki
(Tumit Kaki) : "Dan janganlah mereka(perempuan) membantakkan kaki (atau
mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan" - (An-Nur
: 31). Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan
mengikut hentakkan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng.
3- Wangian :
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum
supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina
da tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya yang ber'hidung belang' .
4- Dada :
"Hendaklah mereka(perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi
bahagian hadapan dada mereka" (An-Nur:31)
5- Gigi :
Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan
giginya juga yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah
ciptaan Allah.
6- Muka dan
leher :Dan tinggallah kamu(perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu
menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliah yang dahulu. Iaitu bersolek dan
sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang
jahiliyyah.
7- Muka dan
tangan : Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian
yang tipis. Sabda Rasulullah: Wahai Asma!Sesungguhnya seorang gadis yang telah
haid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan
dan wajah sahaja. (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari)
8- Tangan :
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh
kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadis Riwayat
At Tabrani dan Baihaqi)
9- Mata :
"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan
sebahagian dari pemandangannya". ( An-Nur:31)
10-
Mulut(suara) : "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam
berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya,
tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik" . (Al-Ahzab:32)
11- Kemaluan
: "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka
menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " (An-Nur:31).
apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,
menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga
daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. ( Hadis Riwayat Al Bazzar ).
Muslimah ingatlah Allah cinta padamu, Rasulullah kasih padamu.wahai muslimah berbahagialah kita telah dilahir-NYA mulia,subhanallah tuhan telah berkati syurga di telapak kaki ibu.
"sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah"
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
Input yang sangat bermanfaat..comel,menarik dan bermanfaat..Teruskan usahamu sahabatku..kita sama2 belajar berkarya untuk Islam..
ReplyDeletesyukran... moga bermanfaat
Deleteteruskan usaha ya ukhti..
ReplyDelete